15 Give Away Reward :)

Click Link To Get Reward :) / Klik Pautan Bagi Mendapatkan Hadiah :)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Saturday, January 26, 2013

Eg: Virus (Contoh Virus)


Salam,

Hari ini nak kongsi sikit tentang contoh-contoh virus [part1]



Bug Ware:
Aturcara ini merupakan aturcara komputer biasa yang bertujuan untuk kegunaan baik tetapi mempunyai ralat yang tidak dikesan oleh pengaturcara.
Chameleon:
Aturcara ini menyamar seperti aturcara biasa yang dikenali umum tetapi sebenarnya merupakan aturcara jahat. Contoh aturcara ini adalah aturcara yang meminta pengguna memasukkan kata laluan mereka. Kata laluan tersebut kemudiannya digunakan oleh orang yang membuat aturcara ini. 
Software Bombs:
Aturcara ini paling senang dibangunkan. Ia bertindak merosakkan data sebaik sahaja ia diproses.
Logic Bombs:
Aturcara ini selalunya menyemak sesuatu peristiwa dan melancarnya jika ia menepatinya. Sebagai contoh seorang pengaturcara menyemak maklumat gajinya. Apabila maklumat gajinya dibuang, yang bermakna ia telah dibuang kerja maka aturcara bom logiknya itu akan merosakkan semua maklumat didalam komputer. 

Time Bombs:
Aturcara ini akan bertindak apabila menepati masa  yang ditunggu atau nilai iterasi nya. Time Bomb akan dimasukkan kekomputer dan apabila tiba pada tarikh tertentu (lazimnya pada tarikh ini pengaturcara tersebut sudah berhenti dari syarikat itu) ia akan memadam kesemua fail-fail di dalam komputer tersebut termasuklah fail sistem. 
Replicators:
Dikenali juga sebagai arnab. Ia mereplikakan dirinya sehingga memenuhi memori dan/atau cekera. Ia dicipta supaya sistem menghadapi masalah sumber sistem yang mengakibatkan sistem komputer menjadi perlahan dan kemudiannya tidak dapat beroperasi. 
Worms:
Aturcara Worm ini selalunya berjangkit dari satu komputer ke satu komputer lain dalam rangkaian. Worm adalah sebuah program yang tidak bergantung pada program lain (stand alone.) Ia tidak mengubah sesuatu program itu, sebaliknya ia hanya menyalin dirinya menjadi banyak apabila ia digunakan Ia mereplikasikan dirinya semata-mata untuk menjangkiti komputer lain. Selalunya aturcara ini memasuki komputer dengan senyap dan setelah mendapat apa yang dikehendaki ia akan menghapuskan segala tanda tentang kehadirannya. 
Virus Trojan Horse:

Ia mengambil nama sempena dengan teknik serangannya yang mirip Kuda Trojan yang dihantar oleh Greek ke Kota Troy. Apabila kuda kayu yang dikatakan hadiah pendamaian ini dibawa masuk ke Kota Troy, pada sebelah malamnya, keluarlah tentera Greek dari dalam kuda kayu tersebut menyerang bangsa Trojan. Trojan Horse pada mulanya tidak melakukan apa-apa, ia seperti permainan elektronik, perisian tertentu yang berfungsi seperti biasa tetapi pada keadaan tertentu ia akan melakukan tugasnya. Ia juga kadangkala bertindak menghantar salinan dokumen tertentu ke internet atau penciptanya, seperti senarai katalulus (password) sesebuah sistem komputer Ia mula dijumpai pada 9hb. Disember, 1987 di Bitnet dan kemudiannya menyerang sistem emel IBM. Ia menghantar emel dengan tajuk Christmas. Apabila emel ini dibuka, ia akan melakarkan pada skrin komputer rajah pokok krismas dan pada masa yang sama ia menghantar salinan dirinya menurut senarai yang terdapat dalam mail list pekerja IBM. IBM kemudiannya mengarahkan kesemua komputer di dalam sistem rangkaiannya di shutdown untuk mengatasi virus ini. 

Boot Sector Virus:
Virus ini menjangkiti sektor boot atau rekod boot utama (master boot rekod). Ia selalunya mengalihkan aturcara asal kesektor lain dan menandakan sektor tersebut sebagai rosak. Ia kemudiannya mengisi sektor boot terbabit dengan aturcara penyangak. Kebanyakan virus adalah dari jenis ini. Ia sangat popular kerana kerana ia agak susah dikenali kerana ia dibaca pada awal-awal lagi semasa komputer baru dibuka. Ia juga dapat mengawal komputer sebelum aturcara lain dapat diproses. Virus jenis ini menjangkiti komputer dengan satu cara sahaja iaitu apabila pengguna memulakan komputer dengan disket yang telah dijangkiti beraada dalam pemacu disket. Ia selalunya akan tinggal dalam memori supaya dapat menjangkiti disket lain.
Virus Polymorphic:
Virus jenis ini adalah diantara virus yang susah hendak dikesan kerana ia sentiasa berubah wajah. Ini dilakukan supaya perisian anti virus tidak mudah mengesannya berdasarkan sesuatu bentuk atau corak. Aturcara virus jenis ini sebenarnya mempunyai kebolehan merubah kodnya dengan menggunakan kod rahsia yang sering berubah algorithmanya. 
Virus Stealth:
Virus jenis ini cuba mengelak dari dikesan oleh sistem pengendalian dan juga perisian anti-virus. Virus jenis ini akan sentiaasa berada dalam memori dan memintas sebarang cubaan untuk mengesannya dengan memberikan maklumat palsu. Ia akan menyorok segala perubahan pada saiz fail, struktur direktori dan lain-lain aspek sistem pengendalian. Oleh kerana ia sentiasa berada dalam memori ini bermakna ruang memori tambahan telah digunakan. Bagaimana pun virus ini akan menyorok maklumat ini dari sistem pengendalian dan perisian anti-virus. 
Virus Multipartite:
Virus jenis ini selalunya menjangkiti sektor boot dan juga fail yang boleh dilaksanakan. Mereka adalah perian virus yang paling sukar hendak dikesani kerana ia menggunakan teknik pelbagai seperti teknik stealth dan juga polymorphic. 
Virus Macro:
Virus Macro menjangkiti fail dokumen Microsoft word. Macro merupakan senarai arahan atau template. Virus ini adalah merbahaya kerana ia telah menukar persepsi ramai bahawa virus hanya akan berjangkit jika sebuah fail itu dilaksanakan dan bukannya setakat dibaca. Virus Macro merebak apabila dokumen dibaca menggunakan perisian Winword.exe. Ia senang merebak kerana dokumen Words digunakan hampir seluruh pengguna komputer dan sentiasa dikongsi. Makro yang digunakan oleh pereka virus ini selalunya disimpan dalam template global iaitu Normal.dot yang digunakan oleh semua dokumen Words.

Virus Yang Menjangkiti Fail Virus:

Virus Yang Menjangkiti Fail Virus ini menjangkiti fail yang boleh dilaksanakan iaitu fail yang mempunyai nama tambahannya .exe ,.com,.sys,.dll, drv dan juga .ovl. Banyak juga virus yang meresapi fail command.com. Virus akan mempastikan apabila file ini dibaca oleh komputer, arahan dari virus ini akan dilaksanakan dahulu. Arahan ini kemudianya akan kekal didalam memori untuk menjangkiti fail-fail lain. Kebanyakan virus yang bijak selalunya masih menjalankan arahan asal supaya pengguna tidak merasa sangsi akan aturcara berkenaan.

OK... terima ksih dari sailor silenc3

Jangan Lupa Komen....

Credit To Xd
Thank You
Categories: , , ,

0 ulasan:

Post a Comment

Ads

HOT NEWS