15 Give Away Reward :)

Click Link To Get Reward :) / Klik Pautan Bagi Mendapatkan Hadiah :)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Saturday, January 26, 2013

Apa Itu Virus (KOMPUTER)

Salam,

Hari ini aku nak share sikit apa itu virus or pengenalannya sikit....

Sejarah:

Penyalahgunaan komputer telah bermula semenjak awal 70an. Namun diketika itu, ia hanyalah bentuk pencerobohan untuk mencuri maklumat (hacking). Bermula pada awal 80an, dua saudara iaitu Basit Alwi dan Amjad Alwi, pemilik sebuah kedai komputer di Iqbal Town, Lahore, Pakistan (Brain Computer Services) yang kecewa dengan sikap pembeli perisian mereka yang seringkali membuat salinan tidak sah (pirated copy) , telah mengambil langkah mencipta sebuah program yang boleh membuat penyalinan dirinya (self replicate). Program ini akan menyerang pelbagai perisian dan setiap disket yang diserangnya, ia akan menukarkan
label disket kepada (c) Brain sebagai tanda pengenalannya (signature). Disebabkan mereka telah menjual perisian yang dijangkiti dengan program ini secara murah, pelancong yang telah membeli perisian yang telah dicemari ini dengan mudah telah memindahkannya ke perisian lain keseluruh dunia.
Inilah permulaan sintom virus komputer, disebabkan program ini mampu menjangkiti dan menyalin dirinya tanpa had, ia seolah-olah virus penyakit yang menyerang manusia, maka ia digelar Virus oleh pengkaji-pengkaji komputer. Virus ini dikenali dengan nama Pakistani Brain. 


Rajah 1 : Menunjukkan disket yang telah dicemari oleh virus Pakistani Brain (Di Bawah)
Arahan Perintah
A:\ >dir/w
Volume in drive A is (c) Brain
Volume Serial Number is 3571-1AD2

Directory of A:\


COPYWS.EXE
COURIER1.COM
COURIER2.BAT
COURIER3.BAT 
4 File(s) 63121 bytes
18432 bytes free 





Program yang mampu menyalin dirinya ke dalam program lain. Ia akan berada pada permulaan arahan program (*.exe) atau akhir program (*.com). Apabila pengguna menggunakan program yang dicemari ini, ia akan mencari program lain dan menjangkiti program itu sebelum execute program yang digunakan oleh
oleh pengguna tersebut. Lazimnya ia mencari ruang ingatan (memory) yang tidak digunakan, ini adalah kerana ia memerlukan ruang untuk membuat fail sementara dan juga berada di dalam ruang ingatan komputer untuk menyalin dirinya ke program yang digunakan sehinggalah komputer ditutup (off).

Ok.... smpai sini saja .....


Credit To Xd
Thank You

0 ulasan:

Post a Comment

Ads

HOT NEWS